BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Total Pageviews


Friday, 23 November 2012



♥ TNB & LILIN ♥

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor." Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak
memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ian
ya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata "ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah." Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu. "APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???" Pegawai TNB tu pun dengan selamb a menjawab "ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online" Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan" Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..Keesokkan harinya, selepas si Mahpus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Mahpus naik berang. "APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."Lalu pegawai TNB tu pun cakap "kalau macam tu, Kita terpaksa potong
encik punya..........." Si Mahpus mencelah "apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???"

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA....


"
>buat bakal suamiku<

Monday, 19 November 2012



Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur....